Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

PUNCA NASIB BURUK PADA SESEORANG

Teks:  Dhuha RashidiMengapa sudah usaha pelbagai cara untuk mengubah nasib,  namun ianya masih sama? Bila sudah berkali kali mencuba malangnya gagal, pasti seseorang itu akan berasa hampa dan kecewa. " apa nak buat, sudah nasib aku," kata orang kecewa.
" dah nasib aku tak elok macam ni, mana nak elak," kata orang hampa.Walaupun begitu, apa yang dituturkan tidak pernah memberi ketenangan padanya. Malah lebih banyak perasaan kecewa yang hadir. Ketenangan sukar mahu menyapa ke hati. Pernah jumpa insan begini ataukah kita sendiri pernah begini?Punca seseorang itu berterusan dalam nasib buruk ialah dari perbuatan dan tindakan diri sendiri juga. Apa pernah kita lakukan perbuatan yang menjurus kepada keburukan (dosa).1. Mengabaikan tanggungjawab dalam hal yang wajib. Tanggungjawab kepada agama yang wajib, solat, puasa,suami kepada isteri, isteri kepada suami, kepada ibubapa,  keluarga, anak anak,juga dikeliling. Ini juga menjadi punca nasib buruk yang membuatkan rezeki me…

KEMPEN SEMARAK JAWI 2017

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha RashidiMinggu ini saya telah memulakan kempen  jawi atas inisiatif saya sendiri untuk memartabatkan tulisan jawi di media sosial.Beberapa hari lalu saya bertanya kepada follower saya tentang perkongsian jawi yang akan saya langsungkan. Ianya mendapat sambutan baik.Alhamdulillah.Maka bermulalah kempen tulisan jawi pada status saya minggu ini. Setiap hari Isnin Selasa dan Jumaat.Nak follow kempen ini?
Jom bersama saya.Dhuha Rashidi

BENGKEL KHAT JADI KENYATAAN

Selamat petang sahabat #TeacherKhat .
Sebelum ke Klang , sempat saya berjumpa dengan penyelia Perpustakaan Desa di Kuala Kangsar bagi melanjutkan perbincangan mengenai bengkel khat yang akan dilangsungkan.Bagi pihak Perpustakaan mereka amat berbesar hati untuk mengadakan aktiviti penduduk setempat bagi menggalakkan masyarakat suka pergi ke perpustakaan. Bukan senang nak pupuk budaya rajin membaca di kawasan kampung. Banyak usaha dan idea yang perlu dilaksanakan. Antaranya aktiviti seni. Perbincangan dengan Kolej Komuniti juga masih dalam rancangan. Namun telah mula disusun rapi. Tunggu lampu hijau, lepas itu boleh teruskan pemanduan. Pandu mestilah berhemah , hingga lancar jadi berani. Apa tunggu lagi. Nak tanya, kalau jalan sudah terbentang , apa cara nak sampai destinasi ?

CATATAN JUMAAT INI

Mahu kemana arah kita ?Dunia sementara ini satu masa pastinya lenyap  musnah. Tidak ada manusia yang hidup kekal. Sehebat manapun, kita pasti akan mengalami kematian. Sehingga hari kiamat tiba kita dibangkitkan semula di alam dunia yang baru . Itulah kehidupan yang kekal untuk selamanya. Tidak ada lagi kematian sesudah itu. Ketika itu manusia terbahagi menjadi dua kumpulan.  Kelompok neraka jahanam serta kelompok yang mendiami taman syurga dan hidup kekal abadi selamanya disana .Pilihan untuk menjadi penghuni syurga atau nereka itu ditetapkan selama kita hidup didunia ini. Saat ini.  Allah telah membebaskan manusia untuk menetapkan pilihan mahu kemana arah kita.Dalam menetapkan pilihan itu ramai yang tertipu dan salah pilih. Disangkakan memilih syurga padahal memilih neraka. Syaitan telah menyesatkan dan mengelabui mata hati dalam menetapkan pilihan. Perjalanan ini perlukan panduan. Sedaya upaya usaha agar kita tidak tersalah persimpangan. #SalamJumaat

TEMPAHAN KHAT FRAME

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Dari pagi sehinggalah ke malam saya menyiapkan karya yang ditempah oleh pelanggan.






Walaupun banyak, saya melakukannya dengan seronok sekali. Puas hati apabila kita dapat membuat orang lain gembira. 
Alhamdulillah.
Dhuha Rashidi.

TEMPAHAN FRAME KHAT HADIAH PERKAHWINAN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Bertuah sungguh si pengantin dapat hadiah hari perkahwinan yang unik dan menarik. Apalagi kalau hadiah itu belum pernah diberi orang.
.

Baru baru ini , saya mendapat tempahan tulisan khat untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Ada juga yang mahu buat sebagai hantaran.
.

Contoh tempahan





Ini yang sudah diserahkan kepada pengantin

Wah wah wah sepadan betul nampaknya .




Jika anda mencari hadiah perkahwinan yang menarik, boleh hubungi saya.

Tentunya bajet yang anda mampu. In sha Allah.

Dhuha.

REZEKI JUAL KHAT FRAME

Teks : Dhuha RashidiAlhamdulillah. Selepas saya melancarkan produk khat frame saya minggu lepas, ianya semakin mendapat permintaan tinggi.Buat masa ini saya keluarkan khat frame bersaiz A4 dan A3 lengkap bersama frame dengan harga yang sangat berpatutan. Bagi saya bukan lagi berpatutan malah sangat mampu milik. Menyedari hakikat, rata rata yang bertanyakan saya hadiah cenderahati dalam bajet RM50 dan RM100. Jadi, untuk saiz A4 sudah tentu harga untuk satu frame sangat mampu milik dimiliki oleh ramai orang.Saiz A3 pula bagi yang mempunyai bajet lebih namun masih kurang dari RM100. Sudah tentu ianya tetap berbaloi kan? Harga frame khat ini tidak termasuk caj pos. Jika anda mahu melihat contoh gambar follow saya di Facebook dan lihat album . Sebarang tempahan hubungi saya. Dhuha Rashidi

KELAS KHAT TERBUKA BULAN APRIL

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi
Pagi tadi saya menerima satu mesej di whatsapp. Seorang wanita bertanyakan kelas khat yang saya buat di Puchong. Alhamdulillah. Beliau berminat untuk turut serta mengikuti kelas khat yang saya jalankan.
.Kebetulan pula beliau google mencari kelas khat di kawasan Puchong, terjumpalah pula terus pada entry blog saya berkaitan kelas khat di Puchong.
.Setakat ini, lokasi kelas khat saya adalah di Puchong, Klang dan Kuala Kangsar.Bagi yang berminat untuk sertai kelas khat bersama saya boleh hubungi saya di Facebook  atau melalui whatsapp sahaja.

CENDERAHATI MURAH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Zaman sekarang ini , semua benda pakai wang. Orang mahu beli barang sebolehnya sehabis murah dan berbaloi. Bukan soal kedekut atau tidak mahu keluar wang lebih ya tidak. Kisahnya kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. 
Soal nak cari cenderahati murah kadangkala buat kepala pusing. Mana nak cari cenderahati murah tapi berbaloi dan bermanfaat. 
Kedai online saya ini ada menyediakan perkhidmatan membuat cenderahati yang mampu dimiliki. InshaAllah.
Ada dua pilihan mengikut bajet anda. Bajet RM50 Bajet RM100
saiz a4 rm49

saiz A3 RM69

TESTIMONI




SUSAH MAAFKAN ORANG BERMAKNA HATI KITA BERMASALAH

Teks : Dhuha Rashidi

Perkara yang paling susah ramai orang mahu buat ialah meminta maaf dan memaafkan. Manusia ini , bila rasa tertindas dan di tindas mudah sahaja melenting menyalahkan insan lain tanpa sempat memberi ruang pada hati untuk koreksi diri.
Realitinya begitulah kita kan ?
Katakanlah, satu hari rakan kita sendiri tidak sengaja menghilangkan barang penting yang paling kita mahukan. Pendrive pengisi segala dokumen. Tambah pula ia berkaitan projek yang bakal menentukan prestasi dan keputusan kecemerlangan pelajaran kita. Rakan kita ini bukan sengaja biarkan hilang, cumanya terlepas pandang mungkin tercicir dimana-mana sewaktu masih berada ditangannya.
Sudah tentu kita naik angin tanpa dapat memberi peluang pada diri kita sendiri untuk berdamai hati dengan sendiri. Ah, rakan kita itu pun kita mahu sahaja terus memarahi, apalagi mahu peduli jiwa sendiri.
Ini silapnya. 
Sepatutnya kita harus diam sejenak. Tuhan minta pergi dahulu merujuki Dia dalam apajua masalah yang menimpa. …

KELAS KHAT MTVAB BULAN MAC

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Esok (Sabtu 18 Mac) saya akan mengadakan kelas khat seperti biasa di MTVAB Puchong. Bulan Mac ini target saya ialah untuk memastikan pelajar pelajar dapat menghasilkan karya hasil buatan sendiri. Minggu lepas, mereka diajar bagaimana membuat kraf bookmark dengan modal yang sangat menjimatkan.

Alhamdulillah, mereka sukakan hasil kerja mereka sendiri. Minggu ini, kelas akan bersambung lagi dengan aktiviti kraf. Menghasilkan bookmark, background paper bersaiz A4 dan A3. Para pelajar di ajar untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan produk sendiri.

Disamping itu, kumpulan yang fokus kepada penghasilan hiasan Al-Quran perlu menyiapkan kerja mereka mengikut target yang ditetapkan. Selepas itu mereka diajar bagaimana untuk menghasilkan produk bermotif islamik.

In sha Allah, semoga Allah mempermudahkan urusan kami . amiin.


INI IDEA NAK BAGI HADIAH YANG UNIK TAPI MURAH

Teks : Dhuha Rashidi Foto : Dhuha Rashidi
Jika anda telah mengunjungi blog saya ini, anda beruntung kerana dipertemukan dengan blog hasil seni yang semestinya buat anda 'wow'.
Anda sedang mencari idea hadiah yang menarik tapi murah untuk insan tersayang dan terpenting dalam hidup anda? Koleksi ini tentunya benar benar menarik dan sudah pastinya murah. 
Khat yang saya buat ini adalah tempahan dari seorang sahabat saya tujuannya untuk menghadiahkan sempena hari pernikahan temannya. Sudah selalu benar berikan barangan yang biasa di berikan orang lain, sahabat saya ini mahu berikan sesuatu yang lebih istimewa.
KHAT NAMA PASANGAN ini sudah tentulah yang paling unik yang jarang orang lain berikan. 
Sesuai dijadikan hadiah 1. hantaran perkahwinan 2. hadiah buat pasangan 3. hadiah konvokesyen 4. hadiah harijadi 5. hadiah kenangan dan perpisahan 6. cenderahati penghargaan
dan macam macam lagi.


Namun, tidaklah bermaksud jika anda mahu menempah khat ini perlu menulis nama pasangan. Anda…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



KRAF BOOKMARK NAMA JAWI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Produk murah paling laris. Bookmark nama jawi.

Harga : RM7 sekeping.

Boleh hubungi 0192095522 untuk dapatkannya.





KISAH IRFAN

Teks : Dhuha Rashidi
" cikgu Dhuha, cikgu Dhuha, tengok ni Ifan buat lukisan ," berlari lari si anak kecil itu menyendeng rapat." cantik Ifan lukis, ini mesti mama kan," tanya aku kepada anak murid di sebuah tadika satu ketika dulu." ya, mama Ifan," jawab Irfan spontan." mana papa nya," gatal pula aku bertanya apa sebab dalam diari lukisan Irfan tidak ada gambar papa." tak mahu lukis papa, papa jahat," kata Irfan mencebik bibir. Apalah yang jahatnya papa dari pandangan Irfan. Gatal lagi aku mahu tahu.Aku pun bertanya lagi , " kenapa tak mahu lukis papa," " Sebab papa lari. Papa tak sayang Ifan," nada Irfan tinggi. Lirik matanya umpama membenih rasa benci.Cikgu 'nakal' ini kadangkala mengorek rahsia, menyoal lebih, " Papa kan sayang mama Ifan," " tak !! Papa tak suka mama. Papa tampar muka mama. Papa tendang pintu sampai pecah," jawab Irfan bersungguh sungguh.Budak kecil seusia lima walau k…

KELAS KHAT DI MTVAB PUCHONG

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Semalam saya baru selesai kelas khat untuk pelajar MTVAB yang terletaknya di Puchong. .
Kelas yang berlangsung selama 2 jam itu diisi sepenuhnya dengan aktiviti yang berkualiti. Sudah semestinya saya tidak mahu masa terbazir dengan bermenung menung sahaja.  .
Malam itu, group telah dipecahkan seperti biasa. Group penulisan khat, group zukhruf dan group kraf D.I.Y . .
Jenis khat yang mereka pelajari kali ini adalah Seni Khat Riq'ah. Pelajar pelajar diberi tugasan berpandukan nota yang diberikan. Khat Riq'ah ini walaupun nampak mudah namun tetap memerlukan kesungguhan untuk membentuknya.  .
Tengok lah ini, group khat berlatih membentuk huruf huruf bersambung.


Ini pula group Zukhruf. Karya yang mereka hasilkan bulan lalu masih belum dapat siap sepenuhnya. Mereka perlu bekerja lebih gigih bagi memastikan karya sulung ini siap dengan baik.



Group kraf pula terdiri daripada pelajar rendah yang berusia 9 hingga 12 tahun. Mereka diajar untuk m…

MENULIS CERITA MALAM JUMAAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hari ini Khamis. Seperti biasa, setiap Khamis malam, saya sajikan kepada friend dan follower saya di Facebook tentang #CeritaMalamJumaat. 
Bagaimana tercetusnya cerita malam jumaat ini?
Asalnya, saya hanya ingin menulis sesuatu di facebook sebagai perkongsian dan pengalaman saya menghadapi perkara perkara misteri selama ini. Tidak pernah menjadikan penulisan seram sebagai ikutan seperti di luar sana, saya hanya mahu melatih skill penulisan semata mata.
Tidak disangka, ada yang gemar membaca kisah malam Jumaat yang saya hidangkan setiap Khamis itu. Permulaan cerita ini bermula dengan kisah seram. Banyak perkara seram yang di alami sejak dari kecil. Membuatkan saya tergerak hati untuk berkongsi. Bukan dengan satu tujuan yang lemah, hasrat saya untuk menyampaikan sesuatu melalui sebuah tulisan. 
Ada yang kurang percaya alam ghaib itu benar benar ada. Ada juga yang tidak mempersetujui mengatakan cerita hantu itu adalah karut marut. Hantu itu seben…

PERNAH DENGAR KERTAS DAUN NANAS ?

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Pada 4 Mac tempohari, saya berkesempatan singgah sekejap ke Festival Hari Kraf Kebangsaan di Kraftangan Malaysia Jalan Conlay Kuala Lumpur. Tidak berhajat asalnya kesitu, sekadar mencari ilham baru menyaksikan ratusan karya dan produk kraftangan dari seluruh Malaysia.

Ahh, tapi itu bukan yang saya mahu ceritakan. Ada satu perkara best yang saya temui di hari kraf tersebut. Jalan punya jalan, saya ternampak seorang rakan khattat iaitu Ustaz Abd Wahab sedang berborak dengan pemilik booth. Pada mulanya saya hanya mahu menegur Ustaz Wahab sahaja. Tetapi, bila mendekati booth wanita ini, saya lihat terdapat beberapa karya yang dihasilkan begitu cantik.

gambar milik : nature renescent
Bila ditanyakan, siapakah diantara penulis khat tersebut. Diberitahu seorang penulis terkenal di Johor iaitu Rahman Sahlan . Boleh cuba klik link ke Facebook beliau. Saya akhirnya terpaku dengan satu tali terikat diatas meja. 

Inilah benang yang dihasilkan dari daun nan…

DARI HATI SEORANG WANITA

Selamat Hari Wanita Sedunia.
.
Bukan senang nak jaga perasaan wanita. Itu lah yang boleh dikatakan. Ini bukan cerita menang. Bukan juga cerita menentang. Tidak pula cerita menyanjung. Ada satu kisah ini menceritakan tentang anak lelaki yang menderita kesusahan hidup berbelas tahun hanya kerana perasaan ibu yang diabaikan.
Anak ini sudah hilang cara untuk menambah rezeki. Sudah buntu akal memikirkan mengapa hidupnya tidak cemerlang sedangkan orang lain telah lama capai kegemilangan hidup. Hidup anak lelaki ini suram. Selepas diadukan kepada seorang ustaz, lelaki ini bertemu ibunya.
" mak, saya ada buat salah dengan mak lagi kah, apakah betul mak maafkan saya," tanya anak lelaki.
" Tidak ada. Mak sudah maaf. Benda lepas tak payahlah dikenang,"jawab si emak. Lelaki ini masih tidak puas hati.

" Mak , tolonglah beritahu saya jika saya ada buat salah pada emak, beritahu saya, apa kesalahan saya itu, apa yang tertahan di hati emak" desak anak lelaki ini. Sudah tidak s…

BACA INI ! ULASAN KELAS BLOG ABDR

Teks : Dhuha Rashidi  Foto : Dhuha Rashidi

Alhamdulillah. Segala pujian syukur dipanjatkan kepada Allah selayaknya atas kurniaan beribu nikmat atas dunia ini. Ma sha Allah. .
Sudah beberapa bulan saya aktif berblog. Saya masih ingat tarikh tepatnya, 19 Disember saya mula diberikan tugasan. Baru sahaja beberapa bulan saya kembali menulis di blog selepas mendaftar ke kelas blog bisnes di bawah Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR). Hakikatnya, sebelum ini menulis tanpa guru, ibarat menebar gandum tiada burung. Begitulah umpamanya.  .
Bermula dari hari pertama lagi saya sudah begitu teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Dibawah bimbingan guru blog iaitu Puan Cikgu Anys Idayu Zakaria , saya mengikuti setiap tunjuk ajar yang diberikan. Unik sekali segalanya hanya dihujung jari. Dengan berhubung terus dengan Cik Puan Anys, dalam masa yang singkat sahaja saya dapat menyiapkan asas blog untuk bisnes.  .
Cik Puan Anys menjalankan kelas blog bisnes ini secara online dan juga offline. Bagi say…

CERPEN DHUHA : LEESA PART 5

Teks : Dhuha Rashidi
Atuk Hamid adalah insan yang mengambil tanggungjawab membesarkan Leesa.
Sebak di dada atuk mahu membuka bicara tatkala Leesa tidak henti henti meminta jawapan siapakah dia budak yang banyak menyusahkan orang lain.Selagi tidak terkeluar dari mulut atuk Hamid, selagi itu otaknya tidak pernah diam berfikir. Kata atuk, ibu Leesa adalah anak yang paling atuk sayang. Tetapi, bila dimanja dipuji melebihi, ibunya lupa diri. Sehingga kata atuk pun tidak mahu dituruti.“ Mak kamu jual kamu pada satu orang ni, Roslan namanya,” beritahu atuk terpaksa jujur. Lagi bertambah rasa benci Leesa pada ibu. Airmata Leesa sudah tidak tahu berapa banyak telah mengalir.“ Sehinggalah atuk cari dan berjumpa Roslan, atuk minta keluarga ini pulangkan kamu pada atuk, mujur atas sebab keadaan kamu, atuk beri sebab, dapat berunding, atuk dapat bawa kamu balik,” suara atuk Hamid begitu berhati hati." waktu itu umur kamu belum setahun, lepas dapat duit, mak kamu melarikan diri entah kemana, de…

CERPEN DHUHA : LEESA PART 4

Teks : Dhuha Rashidi
Aku cuba memberitahu kepada Leesa bahawa sebenarnya dia tidak keseorangan. Ada benda yang mahu aku sampaikan. Dalam kita menekankan soal anak soleh berbuat baik kepada ibu bapa, ada satu bab yang perlu disedari, ibu bapa juga perlu menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada anak-anak. “ Setiap anak itu amanah,” aku jelaskan kepada Leesa.“ Ada saja kisah mak atau ayah kandung yang buat anak mereka seperti sampah, padahal mereka yang melahirkan anak itu sendiri,” sambung aku lagi.“ Apa masalahnya ya kak orang yang macam ini,” tanya Leesa mahu tahu lebih banyak. Dengan setitik ilmu pinjaman Allah , aku cuba berkongsi sesuatu. Mengharapkan keadaan boleh diperbaiki.“ Yang sebenarnya mereka sebegini kata kasarnya seperti bencikan Tuhan. Ya lah, membenci takdir yang telah terjadi dalam hidupnya bermakna hatinya tidak redho. Tidak redho bermakna apa,”.“Tentulah tidak menerima segala qadha’ dan qadar Allah,”Leesa mengerti dengan penjelasan itu.Aku sambung, “ Kemana pergi …

CERPEN DHUHA : LEESA PART 3

Teks : Dhuha Rashidi“ mak , nah, ambil ni, “ kata Leesa pada ibunya. Ibu menoleh. “ apa nii, “ ibu Leesa buat buat tanya. “ ambil lah, Leesa bagi untuk mak,” terus saja ibu nya mengambil duit yang berada pada tangan Leesa. Ucapan terima kasih kepada Leesa pun dirasakan tidak ikhlas benar dari hati. Ataukah sudah terbit rasa malu pada anaknya sendiri?Kata Leesa pada aku, itulah kali terakhir dia berjumpa ibunya. Itupun mungkin kerana keterdesakan wang. “ Masa mak ada beberapa hari dirumah atuk itu, saya buka rasa tak seronok, malah saya rasa bahagia sebenarnya, sebab saya dapat dekat dengan mak saya sendiri, orang lain hari hari  dapat sembang dengan mak, saya tak dapat, saya teringin kak, nak peluk mak, nak berborak dengan mak, tapi saya tak mampu buat,”.Leesa ingat dengan pemberian wang itu boleh melembutkan hati ibunya dari hari kehari. Dapat menerima dia sebagai anak kandungnya.Rupanya keadaan menjadi lebih tegang dan teruk. Ibu nya menuduh dia mengambil duit orang tanpa izin, meng…

CERPEN DHUHA : LEESA PART 2

Teks : Dhuha RashidiAku menekup muka. Memicit kepala. Sejadah yang terbentang dari tadi ku tenung tenggelam dalam lamunan.Kalau lah ibu budak ini menyumpah anak kandungnya sendiri, apa nasib kehidupannya kelak. Hati aku berbisik. Kasihan yang teramat aku pada Leesa. Tidak sangka pula, dengan status sependek itu 'mempunyai' kesan sejarah hitam yang panjang pada kehidupan insan lain." Leesa masih berhubung dengan mak," soal aku menyambung conversation." sudah tiada, dah lebih 3 tahun saya tak berjumpa dia. Dulu pernah, sewaktu saya ada nombor telefon mak, tapi yang saya dapat hanya cacian, makian, penghinaan mak kepada saya, saya tidak sanggup kak, sampaikan saya report pada polis yang emak saya ini selalu menganggu dan mengugut saya, lepas pada itu mak tidak ganggu hidup saya lagi " jelas Leesa sebenar perkara.Allahu. Begitu besar ujian Tuhan buat keluarga Leesa. Sudahlah tidak merasa berayah. Ibunya pula memperlakukannya begitu. Mujurlah ada atuk nenek menu…

CERPEN DHUHA : LEESA PART 1

Teks : Dhuha Rashidi
Pernah satu hari itu aku menulis sesuatu di facebook. Tentang kasih sayang ibu bapa dan anak.Selang beberapa jam , tanpa disangka satu private message masuk. 'Ting' !Oh, Leesa. Kata hati ku. Isi mulanya sudah cukup membuat aku mahu tahu kenapa dia menunjukkan semula status yang ku tulis beberapa jam tadi." Kak, kalau orang lain ada mak yang baik, tapi kenapa saya tak pernah rasa semua kebaikan emak, kalau kak kata, setiap mak sayangkan anak, kenapa saya tak pernah dapat kasih sayang tu," Leesa menyoal.Tiba tiba sahaja dia tersentap dengan ayat aku yang disimpulkan maksudnya andai kita memberi kasih, pasti kita menerima sayang. Kalau kita memberi benci, benci jugalah yang mengerumuni.Kehidupan kita ini kadangkala mudah. Busuk kita beri busuk kita dapat. Harum kita hulur pada orang harum juga orang hulur pada kita." Mak yang tak sayang saya kak, mak yang buang saya, kenapa ," soalnya bertubi tubi." Baik, akak nak tanya satu perkara,&q…

IDEA KREATIF HIASAN DINDING RUMAH

Teks : Dhuha Rashidi Foto : Google / Dhuha Rashidi
Cak ! Terima kasih sudi klik di blog saya mencari idea nak hias dinding rumah bermotif islamik. Sebagai orang islam, tentu sekali yang menjadi keutamaan kita adalah kediaman yang indah berseri. 
Tidak mengapa. Teruskan membaca. Saya ada satu idea ni untuk anda. Sebelum tu jom tengok dulu gambar yang saya ambil dari google untuk rujukan kita.
Gambar Ihsan Google
Gambar Ihsan Google
Gambar Ihsan Google
Gambar Ihsan Google
Menarik kan ? Tapi, saya bukan nak tunjuk yang macam ni. Mungkin ada diantara kita yang memang bukan jenis kreatif, atau sukakan yang kreatif dan seni cuma TAK CUKUP MASA nak buat sendiri.

Ya, gambar diatas ni , adalah original painting hasil dari tangan saya sendiri. Biasanya saya buat atas permintaan pelanggan. Mengikut kesesuaian warna kediaman mereka. Atau saya sendiri memberi cadangan warna yang menarik. Ada juga karya yang saya telah hasilkan terdiam begitu lama sehingga sekarang masih belum ada pembeli nya.
Ni , kat…