Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

KHAT ON KANVAS BY DHUHARASHIDI

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Ini kanvas pertama yang di order oleh seorang lelaki dari Langkawi. Saiznya tidak besar. Tetapi, beliau mahu saya menulis Surah Alfatihah serta terjemahan.

Jadi, saya caj agak tinggi. RM1.5K tidak termasuk pengeposan.

Background yang dipilih adalah kehijauan. Beliau mahukan pandangan ketenangan. Jadi beginilah jadinya.



Bila dah siap nanti saya tunjuk bagaimana hasilnya okey.

Nak tempah khat kanvas? Boleh hubungi saya Dhuha.

SAMBUNG KERJA MURAL

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha RashidiAlhamdulillah. Syukur atas segala nikmat Tuhan diberikan pinjam pada kita. Saat ini masih boleh bernafas. Sempurna. Jika terkurang satu kita rasa kehilangan. Disebabkan itu kita perlu bersyukur. Usah kita merungut apa yang belum ada. Kerana yang kita telah ada belum tentu kita benar benar hargainya.Hari ini cadangnya saya mahu sambung semula mural khat di sekolah agama yang terletaknya di kampung saya.Seminggu tinggal kerana demam dan sakit sakit lain.Hari ni, saya nak sambung pada bahagian atas. Tulisan Asmaul Husna terpilih. Semoga segalanya dipermudahkan. Amiin.
Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Alhamdulillah.sekian lama juga saya menyepi menulis di blog. Beberapa hari saya tinggalkan penulisan di blog disebabkan oleh kesihatan yang tidak mengizinkan saya fokus menulis.
Nak diceritakan, memang banyak cerita seni sepanjang April ini. Namun, segalanya saya berserah kepada Allah samada Dia izinkan saya untuk berkongsi disini. 
April ini dimulai dengan 1April yang terisi. Sehingga membawa kepada April yang sibuk sepanjang hari. Mungkin disebabkan itu , kesihatan saya terjejas.
Hah, itulah. Nak bekerja pun beringat-ingat lah kan. Asyik sangat kerja sana sini tak fikir letih penat, akhirnya boleh jatuh sakit.
Namun, setiap itu semua ada hikmahnya. Saya hanya suka mengambil sesuatu yang terjadi dari sudut positif. Ada sesuatu Allah nak ajar dalam ujiannNya. 
InshaAllah.
Apapun, kedai khat saya tetap buka seperti biasa. Boleh menghubungi saya untuk pertanyaan berkaitan seni.

BENGKEL ASAS SENI KHAT KUALA KANGSAR PERAK TELAH BERJALAN

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Semalam, bertarikh 18 April 2017, pihak DR Resources berjaya memenuhi undangan berkongsi ilmu khat di Sekolah Agama Rakyat Al Umariyah Kampung Talang Masjid.






Bengkel ini adalah bengkel asas yang dijalankan bermula awal April lalu. Alhamdulillah sambutan setakat ini amat menggalakkan. 
Bengkel asas seni khat ini kami khususkan dahulu di daerah Kuala Kangsar. Tidak hanya itu, inshaAllah, kami menerima jemputan di luar daerah juga demi menyampaikan ilmu kesenian islam ini.
Di bengkel asas seni khat ini, peserta akan mempelajari asas mengenali pena dan peralatan menulis. Asas memegang pena. Asas membentuk garisan dan bulatan sebagai satu latihan sebelum menulis khat.
Amatlah digalakkan agar urusetia peserta dapat menyediakan peralatan lengkap seperti yang telah dimaklumkan. Ini bertujuan agar tidak membuang masa hanya dengan mengasah, mengedar kertas dan sebagainya. 
Pihak DR resources menerima undangan dari pelbagai pihak jika mahu mnngadakan ben…

HADIAH YANG PALING UNIK UNTUK YANG TERSAYANG

Teks : Dhuha Rashidi Foto : Dhuha Rashidi
Tercari-cari hadiah apa yang bajet rendah? Tapi nak yang cantik. Nampak unik dan menarik.
Haa, InshaAllah, klik saja blog saya ni, awak jumpa hadiah yang best untuk diberikan kepada rakan, ibu bapa, bff, pengantin, guru dan cenderahati seumpamanya. Ini dia produk khat frame saya.





*NOTIS DILARANG MENGAMBIL GAMBAR TANPA IZIN ADMIN KECUALI UNTUK PENGESAHAN ORDER
Banyak pilihan yang boleh didapati.
Untuk tempahan, sila hubungi saya di whatsapp 0192095522.

BENGKEL KHAT SEKOLAH KAFA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Pada minggu lepas, 7 April 2017 , saya telah mengadakan bengkel khat untuk pelajar sekolah kafa di SRAR AL AMAN ,TAMAN JASA KUALA KANGSAR. 
Bengkel itu berlangsung selama hampir 3 jam. Ia sememangnya satu pengalaman berharga bagi saya. Hasrat dihati mahu pusing satu Malaysia menyebarkan ilmu khat ini selama mana yang saya perolehi sewaktu belajar dahulu. 
Inilah bekalan yang mahu saya tinggalkan sebelum saya tiada nanti. 
Okey , nak tahu cerita ? Bengkel ini disertai oleh murid tahun 4 , 5 dan 6 . Memamg pelbagai ragam dan karenah yang kita jumpa bila berhadapan dengan budak-budak ini.
Ada yang bersungguh, ada juga yang langsung tak berminat dengan khat. Mereka diam tanpa buat apa2. Hahaha. Ya, kita tak boleh nak paksa orang minat apa yang kita suka. 
Walaupun tujuan asalnya mahu memupuk semangat cinta jawi dan seni islam, andai belum terbit suka kepada seni , mereka tiada rasa. Mungkin murid murid ini perlu dibentuk lebih lagi untuk menzahirk…

KURSUS KHAT DI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH CHANDAN KUALA KANGSAR

Teks : Dhuha RashidiHari ini, saya diberitahu oleh pembantu setia Encik Wan mengatakan jawapan yang diberikan oleh Admin Perpustakaan Universiti Sultan Azlan Shah berkenaan cadangan mengadakan kursus khat dengan kerjasama DR Resources dan USAS sendiri. Bagi saya ini adalah satu pengalaman yang sangat berharg dan mengharapkan agar kerjasama ini dapat tercapai dengan baik dan berterusan.Bagi saya sebagai penulis khat, hasrat dihati mahu berbakti kepada penduduk di tanah lahir sendiri sebelum mengepak sayap jauh lebih besar di tempat orang.Kerjasama ini juga turut disertai oleh Kolej Komuniti Kuala Kangsar bagi menampakkan keseriusan kami menganjurkan program islamik seperti ini. Disamping itu, sebagai satu usaha men8ngkatkan dan terus menghidupkan martabat jawi dan kesenian Islam di Malaysia dan serata dunia.Bagi yang berminat untuk sertai kursus khat ini, boleh hubungi saya di 0192095522 atau follow saya di Facebook.

SIRI EJA JAWI 2

Teks : Dhuha Rashidi #EjaJawi Bentuk kata dasar Ekasuku - Cara eja jawi kaedah KVK ( vokal 'a' ditengah) Contoh perkataan ekasuku seperti :
1. Jam - J- Konsonan/A- Vokal/M- Konsonan
2. Van - KVK
3. Bas - KVKJika mahu mengeja perkataan pola 'kvk' - vokal 'a' ditengah ini ialah, buang huruf alif ' ا ' . Huruf vokal ' ا ' tidak digunakan sebagai lambang bunyi 'a' . Contoh:
  K  V  K
--------------
  b  a  s 
--------------
                                                                         ب ا سHuruf alif ditengah dibuang jika mahu mengeja perkataan ekasuku.Bas - باس dibuang alif menjadi = بسContoh ejaan ekasuku lain.
1. Jam - جام > buang alif = جم
2. Van - ۏان  > buang alif = ۏن
3. Pam - ڤام  > buang alif = ڤم
_________*Nota tambahan - tidak dibuang huruf alif ditengah pada kaedah seperti dibawah.[Kaedah "WA_" ekasuku] Kaedah ini memerlukan dua syarat iaitu :
1. Kata dasarnya mestilah ekasuku.
2. Ekasuku pula iala…

SIRI EJA JAWI DI FACEBOOK 1

Teks:  Dhuha Rashidi
#EjaJawi Kedudukan huruf Hamzah ( ء )1. Hamzah diatas huruf alif. ( أ )
Terjadi pada imbuhan awalan D,S,K ( د ، س ، ك )Contoh: 
a). Diangkat - دأڠکت
b). Seekor - سأيكور
c). Keatas - كأتس2. Hamzah dibawah huruf alif ( إ )Contoh:  a). Islam -  إسلام
b). Eh! -  إيه
c). E - dagang - إي-دا‌ݢڠ3. Hamzah sejajar atau setara ( دعاء)
Kata pinjaman Bahasa Arab seperti:a). Alquran - القرءان
b). Wudhu' - وضوء
c). Ikhfa' - اخفاء4. Hamzah 3/4 huruf alif ( باءيق)
Bila ada perkataan imbuhan akhiran 'an' dan 'i' pada kata dasar pola 'a' atau 'u'Contoh kata dasar ialah JELMA , WARNA,  LALU
Dimasukkan imbuhan akhiran an/i
a) jelmaan - جلماءن
b) mewarnai - مورناءي
c) dilalui - دلالوءي*saya tidak dapat menaip huruf ء menjadi 3/4.5. Hamzah menumpang ( تهنيئه)
Berlaku pada kata serapan dari Bahasa Arab.Contoh:
a) mukmin - مؤمين
b) malaikat - ملائكت
c) masalah - مسئله
d) tahniah - تهنيئهDapat sesuatu?  Boleh faham dan ajar anak- anak dirumah. Sil…

PERSEDIAAN BENGKEL KHAT SEKOLAH KUALA KANGSAR

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sekarang , jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Awal-awal lagi saya sudah terpacak di kedai fotostat untuk bahan bengkel khat petang nanti. 
. Petang nanti saya akan mengadakan bengkel khat di sebuah sekolah agama di Kuala Kangsar.  .
Sama seperti bengkel sebelum ini, rata rata guru meminta agar murid dapat fokus satu jenis khat sahaja dulu. Oleh kerana kekurangan bahan bantu mengajar dan kurang pendedahan pada kesenian islam ini, mereka amat memerlukan tunjuk ajar yang betul.  . Antara latihan khat Nasakh
Tentunya saya berasa amat bertuah kerana dapat menyampaikan ilmu sedikit yang saya ada untuk menfaat bersama.  .
InshaAllah, selagi bernafas, mahu saja saya terus menyebarkan ilmu ini sehingga ada pelapis baru dari generasi ke generasi. 
Hadza min fadhli Rabbi.

SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT

Teks : Dhuha Rashidi Bukan mudah untuk kita konsisten melakukan perkara sama setiap hari. Tidak semua orang diberi ketabahan dan begitu sabar melakukan rutin yang sama setiap hari.Begitulah dalam perniagaan. Mengapa ada kegagalan dalam perniagaan? Sebab mungkin pemilik niaga itu tidak mampu melakukan rutin yang sama setiap hari.Katakanlah kita mahu buka kedai. Kita bayangkan niaga itu mudah. Sedangkan pernigaan tentu sekali ada pasang surutnya. Kita pun membuka sebuah kedai. Malangnya, tidak semua orang akan datang singgah membeli di kedai kita itu.Mungkin keadaan ini boleh membuatkan kita rasa letih dan penat. Sedangkan, rutin harian iaitu membuka kedai,perlu dilakukan setiap hari. Ia perlukan konsistensi dan penuh sabar.Jika kita tidak mampu lakukan perkara yang sama setiap hari, jalan kejayaan mungkin menjadi samar. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Perlukan usaha yang gigih. Disebalik kecekalan hati yang jitu.

BENGKEL SENI KHAT ANJURAN PNM PERPUSTAKAAN DESA KUALA KANGSAR BERSAMA D. R RESOURCES

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Inilah bengkel pertama yang saya jalankan di Kuala Kangsar bagi tahun 2017.

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Sambutan juga begitu luar biasa. Bukan mudah ya mahu mengumpul peserta hampir 30 orang di kawasan kampung.

Namun , inilah objektif kami untuk menanam rasa minat kanak kanak kepada seni khat warisan islam ini.

Bengkel ini mengajar peserta tentang perkara asas untuk menulis. Jenis khat yang dipilih ialah Khat Nasakh. Lagipun disekolah mereka, hanya ada 3 jenis khat sahaja yang dipelajari.

Saya hanya memberi fokus dalam satu jenis sahaja dulu.

Mempelajari seni khat ini bukan masa yang singkat. Ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadikan hasil tulisannya cantik dan kemas.

Ini lah dia sebahagian aktiviti kami minggu lalu.








Jika anda , sebuah organisasi atau syarikat yang ingin mengadakan bengkel khat , boleh hubungi saya di 0192095522

Kami juga bekerjasama dengan Kolej Komuniti Kuala Kangsar mengadakan kelas ata…

BENGKEL SENI KHAT KUALA KANGSAR

Teks : Dhuha RashidiKebiasaannya hari Sabtu malam adalah hari kelas khat di Mtvab Puchong. Minggu ini kelas dibatalkan oleh kerana mereka mengikuti program sekolah. Maka, tiadalah saya pergi ke Klang. Eh, skemanya ayat.Siang tadi telah berlangsungnya Bengkel Khat kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia - Perpustakaan Desa Kg. Kota Lama Kanan Kuala Kangsar. Alhamdulillah. Berjalan lancar.Macam- macam ragam peserta bengkel nak menghabiskan dari jam 9.30 pagi sehingga 12 tengahari. Masa buat latihan asas menulis khat tu, boleh bertahan lagi. Semua happy. Bila masuk pada huruf tunggal dan bersambung, muka dah mula berkerut. Stress. Haha." saya punya tulisan tak cantik pun," kata salah seorang peserta. Bagi saya , " memang takkan dapat cantik hari ini, redho sajalah, anggap saja hari ini adalah pengenalan kepada teknik asas dan keserasian tangan,".Sebab itu pada penerangan awal saya memberi tafsiran mudah pada peserta ini, apa itu seni khat. Jawapan mudah faham ialah seb…