Skip to main content

BENGKEL SENI KHAT ANJURAN PNM PERPUSTAKAAN DESA KUALA KANGSAR BERSAMA D. R RESOURCES

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Inilah bengkel pertama yang saya jalankan di Kuala Kangsar bagi tahun 2017.

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Sambutan juga begitu luar biasa. Bukan mudah ya mahu mengumpul peserta hampir 30 orang di kawasan kampung.

Namun , inilah objektif kami untuk menanam rasa minat kanak kanak kepada seni khat warisan islam ini.

Bengkel ini mengajar peserta tentang perkara asas untuk menulis. Jenis khat yang dipilih ialah Khat Nasakh. Lagipun disekolah mereka, hanya ada 3 jenis khat sahaja yang dipelajari.

Saya hanya memberi fokus dalam satu jenis sahaja dulu.

Mempelajari seni khat ini bukan masa yang singkat. Ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadikan hasil tulisannya cantik dan kemas.

Ini lah dia sebahagian aktiviti kami minggu lalu.








Jika anda , sebuah organisasi atau syarikat yang ingin mengadakan bengkel khat , boleh hubungi saya di 0192095522

Kami juga bekerjasama dengan Kolej Komuniti Kuala Kangsar mengadakan kelas atau bengkel khat ini.

Setelah tamat kursus, anda akan menerima sijil pengiktirafan daripada Kolej Komuniti.

Dhuha Rashidi
PENULIS KHAT PERAK

Comments

  1. Meriah juga bengkel seni khat ni .. alhamdulillah ada anak-anak kecil yang nampakkan minat untuk belajar seni khat ni.

    Jika jalan betul, seni khat boleh memartabatkan bangsa dan agama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…

HADIAH PERKAHWINAN YANG UNIK

Teks : Dhuha Rashidi Foto : Dhuha Rashidi
Mencari hadiah perkahwinan nak diberi pada sahabat kita yang bakal melangsungkan pernikahannya tak lama lagi ?
Kita fikir , taknaklah bagi benda yang biasa orang lain bagi kan. Teringin nak beri kawan kita sebuah hadiah yang unik dan mampu buat dia gembira bersama pasangannya.
Saya ada beberapa pilihan cadangan.
1. Lukisan Kanvas Original Painting 
Macam yang awak lihat di gambar bawah ni. Ini adalah sebuah lukisan kanvas original painting yang saya buat untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Lukisan ini ditempah oleh seorang klien saya.
Kata beliau, mahu berikan satu hadiah perkahwinan yang unik untuk sahabat baiknya.


Eh, sudah pasti sahabat baiknya menghargai pemberian yang istimewa ini. Sebuah karya yang berbentuk kasih sayang dalam bentuk love dan diletakkan nama pasangan serta ucapan doa. Boleh dijadikan kenangan perkahwinan dalam masa sama kita mendoakan kebaikan pasangan selamanya.


Berapa bajet lukisan lukisan original painting ni? Ini yan…