Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

BISNES FIKIR DUNIA FIKIR AKHIRAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha RashidiHello hello, Assalamualaikum.
Hai jangan lupakan sayaaaa. Saya masih wujud lagi di blog ini . Cuma keadaan agak sibuk kebelakangan ni ditambah pulak dengan nak dekat puasa . Banyak sangat aktiviti yang saya buat selama senyap ni. Tapi siapalah kita manusia biasa. Mana mampu untuk lakukan SEMUA benda sekaligus. Mana mampu saya mahu update setiap aktiviti bila dah jadual terlalu padat.Satu saja saya dapat! Ini membuktikan, kita hamba yang lemah dan tak berkuasa apa. Siapa kita berlagak mahu lakukan banyak perkara dengan sempurna sedang kita TAK MAMPU apapun. Segala KEMAMPUAN selama ni sebenarnya dari Allah. Allah yang bantu kita, izinkan kita, beri kita secebis kekuatan Maha Kuat. Bisnes dengan kesibukan dunia adalah PALING JELEK untuk di praktik. Sedang, bisnes yang berkesempatan mengerja hal akhirat, PALING INDAH dilalui.Ia berbeza.Pastinya, jika kita kejar akhirat, duniakan datang. Kejarkan dunia, akhirat tak nampak bayang. Nauzubillahiminzal…

BOOKMARK HADIAH HARI GURU

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Alhamdulillah. Order dari customer semakin bertambah. Segala yang kita miliki saat ini adllah kurniaan Allah. Maka, selataknyalah kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya.
Sempena hari Guru nanti, ramai ibu bapa menempah nama untuk diberikan kepada guru anak-anak mereka. 
Baiknya hati ibubapa yang hargai guru-guru yang bersungguh mendidik anak. 
Ni haaaa, penuh dengan bookmark je. 


Walaupun, saya buat tawaran ini untuk hari guru, namun ada juga yang berminat menulis nama pada bookmark untuk dijadikan penanda AlQuran.

Ada yang mahu berikan pada mak. Pada adik dan sebagainya.

Pemurahnya hati mereka. Saya dengan senang hati menulis dengan penuh kasih sayang buat pelanggan yang menempah.




Bookmark ini murah sahaja. Hanya RM7 untuk satu nama. Tapi kalau dah ambil banyak-banyak, tentulah harganya hanya RM5 sekeping. 
Corak dan warna semua adalah idea saya sendiri. Tentunya 100% handmade tau.
Jika berminat menempah nama pada bookmark…

TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…

Segmen Eja Jawi [ Kaf Atau Qof]

Teks:  Dhuha Rashidi#EjaJawi Huruf Kaf Atau Qof? Macamana nak eja perkataan yang hujungnya huruf K ? Ada yang kita lihat ejaan jawi itu berakhir dengan huruf Kaf 'ك ' dan ada juga berakhir dengan huruf Qof 'ق' . Baik, perkara pertama yang perlu kita lihat untuk kenal pasti samada nak Kafك ke Qofق ialah, tentukan dulu samada perkataan itu:1. Kata jati melayu
2. Kata serapan Inggeris
3. Serapan asing.Contoh perkataan yang kita ambil seperti:A) kakak - kata jati melayu
B) klinik - serapan InggerisCara seterusnya:
1. asingkan suku kata dulu. Contoh :KA / KAK - 2 suku kata
KLI/ NIK - 2 suku kata2. Labelkan " konsonan-vokal" pada huruf tersebut.K - (konsonan)
A - ( vokal)
K - ( konsonan)
A - ( vokal)
K - ( konsonan)K - ( konsonan)
L - (konsonan)
I - (vokal)
N - (konsonan)
I - (vokal)
K - ( konsonan)*ini dinamakan kaedah tulis jawi. ( ini saya akan buat satu posting lain)Bila sudah kenalpasti itu, kita lihat ini pula. 1. [Huruf K diawal suku kata]
Contoh seperti &…